Disediakan oleh:
Nor Hafizi bin Yusof (Al-Hafiz), PhD
Professor Madya
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA

Teknik Hafazan Al-Quran

Kongsi Artikel Ini →

Ia bermula dengan memperbetulkan niat, iaitu KENAPA AKU HAFAZ AL-QURAN?

  • Mendekatkan diri dengan Allah (Ahlullah).
  • Tanggungjawab terhadap Al-Quran.
    • Belajar baca→ hafaz→ faham→amal→ajar/sebar
  • Tanggungjawab terhadap masyarakat.
    • Mengajar masyarakat jahil
    • Rujukan bagi masyarakat berilmu
  • Nilai tambah asatizah yang hebat.
    • Mengusai Al-Quran dan Bahasa Arab

Syarat Hafaz Al-Quran

  • Ikhlas
  • Minat
  • Fokus dan Istiqamah
  • Motivasi

Tahap-tahap Hafazan (Perlu diberi perhatian ketika menghafaz)

  • Membaca dari awal muka surat – halaman- juzuk- surah.
  • Mengingati permulaan setiap ayat dalam setiap mukasurat.
  • Dapat membaca/sambung bacaan di tengah-tengah surah.
  • Tahu kedudukan ayat dalam juzuk/surah.
  • Membezakan ayat2 mutasyabihat (sama & hampir sama).

Panduan Menghafaz Al-Quran

  • Ikhlas.
  • Tetapkan kadar hafalan harian & jangan melampauinya.
  • Kenalpasti masa yg sesuai & berkualiti untuk menghafaz.
  • Memperbetulkan sebutan dan bacaan & menulang2 sehingga betul2 lancar dan tiada kesalahan.
  • Gunakan satu mushaf sahaja (uthmani).
  • Menghafaz satu ayat dan mengulanginya hingga lancar sebelum berpindah kepada ayat seterusnya.
  • Jangan berpindah pada ayat lain sekiranya belum ingat betul2 kerana ia akan menyebabkan anda terkeliru.
  • Ayat-ayat yang pendek-pendek boleh dirangkumkan bagi mempercepatkan hafalan.
  • Sekiranya perlu bahagikan satu muka kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian.
  • Gunakan kaedah menyalin ayat / analisa ayat hampir sama.
  • Pastikan bacaan lancar & betul sebelum tasmik dengan guru. Boleh pra-tasmik dengan rakan.
  • Tasmik dengan guru dan mengulang-ulang 5-10 kali selepas tasmik.
© 2024 STAQU. All rights reserved.