Disediakan oleh:
Nor Hafizi bin Yusof (Al-Hafiz), PhD
Professor Madya
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA

Panduan Murajaah Al-Quran

Kongsi Artikel Ini →

Berikut saya kongsikan panduan murajaah untuk amalan bersama:

  1. Sebaik sahaja selesai tasmik dengan guru, ulang lagi bacaan tanpa melihat mushaf 10-20 kali secara bersendirian bagi menjaga kesinambungan hafazan kerana ingatan ketika tasmik merupakan ingatan jangka pendek dan mudah lupa sekiranya tidak disusuli dengan ulangan pemantapan tersebut.
  2. Mengulangi setiap hari ayat-ayat yang baru di hafaz sehingga benar-benar terpahat kemas di hati.
  3. Menetapkan jadual waktu menghafaz, waktu mengulang hafazan baru, dan hafazan lama.
  4. Sekiranya hafazan telah banyak boleh dibahagikan mengikut kesesuaian masa seperti:
    • Awal pagi/sebelum subuh hafaz baru
    • setiap lepas solat – hafazan yang dah lancar 1-2 maqra’
    • selepas solat magrib – 4 maqra’/sejuzuk.
  5. Boleh juga dibahagikan kepada tahap ingatan..seperti lancar (cth juz 1) kurang lancar (Juz 2) perlu hafaz semula (Juz 3) dan memberikan peruntukan masa yang sesuai dengan tahap ingatan dan kelapangan waktu.
  6. Biasakan mengulang tanpa mushaf dan mengulang ketika terdapat ruang masa seperti ketika berjalan, menunggu sesuatu, dalam kenderaan dan sebagainya.
  7. Mesti meletakkan target kadar ulangan sehari umpamanya 1/2 juzuk atau 1 juzuk dan mengatur masa dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
  8. Sekali-sekala boleh juga melakukan ulangan melalui pemerhatian di mushaf dan membaca dalam hati dengan cepat. (bagi hafiz/pelajar yg sibuk)
  9. Mengamalkan bacaan ketika mengimami solat atau dalam solat sunat rawatib/tahajjud
  10. Melakukan aktiviti permainan tebuk menebuk /tasmik dengan rakan bagi memantapkan lagi hafazan dan meningkatkan lagi motivasi.
  11. Mengulang melalui pendengaran samada melalui hp, komputer, mp3/mp4 dan sebagainya.
  12. Motivasi boleh ditingkatkan dengan memerhati tokoh-tokoh yang mantap dalam hafazan al-Quran serta menonton clip video bacaan hafazan yang menarik
  13. Sentiasa berdoa kepada Allah.
© 2024 STAQU. All rights reserved.