Sijil Tahfiz Al-Quran UniSZA (STAQU)

"Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya"

Talaqqi

Talaqqi al-Quran merupakan kaedah pembelajaran al-Quran yang melibatkan pertemuan antara guru dan pelajar secara berhadapan atau bersemuka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam pembelajaran di STAQU talaqqi al-Quran dilakukan sebelum para pelajar mula menghafal bagi memastikan ketepatan dan kesahihan hafalan mereka.

Murajaah

Muraja'ah merupakan suatu aktiviti mengulang kaji al-Quran yang telah dihafal sama ada hafalan baru atau lama. Proses murajaah memerlukan kepada pengorbanan yang besar dan komitmen yang tinggi. Ia juga memerlukan konsistensi melalui penjadualan yang sistematik oleh para pelajar. Pelbagai tips akan dikongsi untuk memudahkan urusan para pelajar.

Tasmik

Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Dalam kontek pembelajaran tahfiz al-Quran ia merujuk kepada pelajar yang memperdengarkan bacaan mereka secara hafalan di hadapan guru. Di bawah program STAQU, kaedah tasmik melibatkan para pelajar memperdengarkan ayat-ayat al-Quran yang telah dihafal di hadapan guru untuk diperakui dan disahkan bacaannya.

Ujian Thabit

Ujian Thabit umumnya, dapat difahami sebagai proses pengujian terhadap tahap ingatan dan kesahihan bacaan al-Quran yang telah dihafaz. Di bawah program STAQU, pada setiap akhir semester, para pelajar huffaz (penghafal Al-Quran) bakal diuji untuk memastikan ayat-ayat al-Quran yang telah dihafal dan ditasmik kekal dalam ingatan dan dibaca tanpa kesalahan.
© 2024 STAQU. All rights reserved.